Jumaat, 26 September 2014



Aku Kyra..

Aku cuma seorang kanak-kanak berjantina kan perempuan yang dilahirkan di muka bumiNya untuk melaksanakan tugas ku sebagai seorang hamba, umat, anak, adik, kakak, cucu, anak saudara, saudara seislam, anak murid,  kawan, sahabat, teman, pelajar, dan counsellor to be. Aku juga akan menjadi seorang isteri, seorang menantu, seorang ipar-duai, seorang ibu, seorang opah dan seterusnya seorang Jenazah.

Aku dilahirkan pada hari khamis,10/14/1993 pada jam 4.10pm. Menurut ibu aku sangat mudah dilahirkan. berat aku ketika dilahirkan 3.0 cukup sihat dan sempurna segala sesuatu. Aku kini memiliki  5 orang adik-beradik.

Alhamdulillah, kuasa dan izin Allah
Aku membesar seperti kanak-kanak lain dalam keluarga yang sederhana sekadar keperluan cukup tersedia. Memiliki ibu dan bapa serta seorang kakak. Menjadi anak kedua, menurut teori gastalt yang memang banyak perbezaannya jika dilihat dalam susun galur keluarga.
Menurut ibu semasa kecil aku suka menangis dan sangat tidak suka bergambar, aku akan menangis jika ada yang cuba snap aku.

Itu adalah apa yang memang aku dah lupa atau memang memori  aku masa itu tak mampu record apa-apa pengalaman mendewasa yang aku lalui pada usia tersebut,,  sebab memang  tak ada langsung dalam minda aku dewasa ini.

Aku membesar dan bertumbuh seperti kanak- kanak biasa yang membina pengalaman tersendiri. Di sebuah kampung yang harmoni bersama sahabat-sahabat sekecil ku kami melakar  cerita kami.
 INDAH itulah gambaran cerita kecil ku bersama teman.


Aku ketika itu hanya anak kecil yang bebas melakar perkara indah yang tidak begitu kompleks.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

my playlist


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com